Sunday, July 15, 2012

..INFO.. HIKMAH.. MUTIARA..

  • Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna ) kepada sesiapa yang dia kehendaki.. Sesiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak.   (Surah Al-Baqarah 2: 269).
  • Bahagia itu bukan pada banyaknya harta tetapi pada rasa tenteram dan reda. Dalam pada itu, kerja yang dibuat perlu diteruskan tanpa menghentikan uasaha di tengah jalan. Jika menerima diucapkan syukur, jika tidak pun berasa lapang. (Hukama)
  • Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya tidak pula berlebih kurang,. Tetapi dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kudratnya belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau, tubuhnya yang berharga tetapi bagi manusia peribadinya. (Hamka)
  • Badan kita ini sebagai sarung bagi hati kita. Apabila gunanya sarung pedang, kalau pedangnya itu tidak baik. (Hukama)
  • Klau berkata, biarlah pendek tetapi jelas. Kerana panjang itu sebahagiannya melupakan sebahagian yang lain..
  • Menjaga apa yang ada ditangan mu, lebih baik daripada mengejar apa yang ada ditangan orang lain.
  • Kalau badanmu kuat. kerjakan perintah Allah.Kalau badanmu lemah, tinggalkan maksiat.

 Insyaallah apa yang baik datang daripada allah s.w.t, apa yang kurang datang daripada diri saya sendiri

No comments:

Post a Comment