Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekarang kita sudah hampir ke penghujung ramadhan.. Kita telah masuk ke fasa yang ketiga iaitu pembebasan dari api neraka. Banyakkanlah beramal, rebutlah malam Lailatul Qadar. Bukan senang seseorang muslim itu hendak mendapatkan malam Lailatul Qadar. Kita hendaklah berebut-rebut untuk menggemukkan pahala bukannya berebut-rebut untuk menggemukkan badan kita. Raikanlah fasa yang terakhir ini dengan berbanyakkan amalan.Semoga ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir untuk kita.
Ana ingin mengucapkan ...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...
Wassalamualaikum
Saturday, August 11, 2012
Sunday, July 15, 2012
..INFO.. HIKMAH.. MUTIARA..
- Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna ) kepada sesiapa yang dia kehendaki.. Sesiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. (Surah Al-Baqarah 2: 269).
- Bahagia itu bukan pada banyaknya harta tetapi pada rasa tenteram dan reda. Dalam pada itu, kerja yang dibuat perlu diteruskan tanpa menghentikan uasaha di tengah jalan. Jika menerima diucapkan syukur, jika tidak pun berasa lapang. (Hukama)
- Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya tidak pula berlebih kurang,. Tetapi dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kudratnya belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau, tubuhnya yang berharga tetapi bagi manusia peribadinya. (Hamka)
- Badan kita ini sebagai sarung bagi hati kita. Apabila gunanya sarung pedang, kalau pedangnya itu tidak baik. (Hukama)
- Klau berkata, biarlah pendek tetapi jelas. Kerana panjang itu sebahagiannya melupakan sebahagian yang lain..
- Menjaga apa yang ada ditangan mu, lebih baik daripada mengejar apa yang ada ditangan orang lain.
- Kalau badanmu kuat. kerjakan perintah Allah.Kalau badanmu lemah, tinggalkan maksiat.
Insyaallah apa yang baik datang daripada allah s.w.t, apa yang kurang datang daripada diri saya sendiri
Wednesday, July 11, 2012
SEKECIL=KECIL AMALAN MENJADI PENYELAMAT DI AKHIRAT..
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menukilkan hadith Rasulullah s.a.w yang panjang mengenai amalan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada kesulitan pada akhirat kelak. Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhny aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan. Aku melihat seorang daripada ummatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalannya kepadanya dalam berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula."
"Aku melihat seseorang yang sudah disisapkan kepadanya seksa kubur, lalu datang wuduknya itu menyelamatkannya daripada seksa kubur."
"Aku melihat seorang yang sudah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah s.w.t sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya."
"Aku melihat seorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya."
"Aku melihat seorang dimana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya. Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukkannya di sampingnya."
"Aku melihat seseorang yang didepannya gelap sekali, begitu pula dibelakangnya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebinggunan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya haji dan umrahnya."

Tuesday, July 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)